Jurus Jurus Gaib Dari Kitab Sirrul Asror
KITAB SIRRUL ASROR SYEKH ABDUL QADIR AL JAELANI
DOA DAN ZIKIR BERHUBUNG DENGAN JALAN SULUK
Siapa yang memilih untuk memisahkan dirinya daripada dunia supaya dia dapat menghampiri Allah hendaklah tahu ibadat-ibadat seperti doa
dan zikir yang sesuai untuk tujuan tersebut. Melakukan ibadat tersebut
memerlukan suasana yang suci dan sebaik-baiknya berada di dalam keadaan
berpuasa. Bilik khalwat biasanya berhampiran dengan masjid kerana syarat
bagi salik perlu meninggalkan bilik khalwatnya lima kali sehari bagi
mengerjakan sembahyang berjemaah dan pada ketika tersebut hendaklah
menjaga dirinya agar tidak menonjol, menyembunyikan diri dan tidak
berkata-kata walau sepatah perkataan pun. Sesiapa yang di dalam suluk
hendaklah mengambil langkah tegas untuk lebih menghayati dan mematuhi
prinsip-prinsip, dasar-dasar dan syarat-syarat sembahyang berjemaah.
Setiap
malam, ketika tengah malam, salik mestilah bangun untuk mengerjakan
sembahyang tahajjud, yang bermaksud suasana jaga sepenuhnya di
tengah-tengah tidur. Sembahyang tahajjud membawa symbol
kebangkitan setelah mati. Bila seseorang berjaya bangun untuk melakukan
sembahyang tahajjud dia adalah Pemilik hatinya dan pemikirannya bersih.
Agar suasana jaga ini tidak rosak dia tidak seharusnya melibatkan diri
dengan kegiatan harian seperti makan dan minum.
Bangun dengan menyedari dibangkitkan daripada kelalaian kepada kesedaran, ucapkan:
“Alhamduli-Llahi ahyani ba’da ma amatani wa-ilaihin-nusyur- Segala puji bagi Allah yang membangkitkan daku setelah mengambil hidupku. Selepas mati semua akan dibangkitkan dan kembali kepada-Nya”.
“Alhamduli-Llahi ahyani ba’da ma amatani wa-ilaihin-nusyur- Segala puji bagi Allah yang membangkitkan daku setelah mengambil hidupku. Selepas mati semua akan dibangkitkan dan kembali kepada-Nya”.
Kemudian bacakan sepuluh ayat terakhir surah al-‘Imraan, ayat 190 – 200. Selepas itu mengambil wuduk dan berdoa:
“Kemenangan untuk Allah! Segala puji untuk-Mu. Tidak ada yang lain daripada-Mu yang layak menerima ibadat. Daku bertaubat dari dosaku. Ampuni dosaku, maafkan kehadiranku, terimalah taubatku. Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan. Wahai Tuhanku! Masukkan daku ke dalam golongan mereka yang menyedari kesalahan mereka dan masukkan daku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang salih yang memiliki kesabaran, yang bersyukur, yang mengingati Engkau dan yang memuji Engkau malam dan siang”.

Kemudian dongakkan pandangan ke langit dan buat pengakuan:
“Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, Esa, tiada sekutu, dan aku naik saksi Muhamamd adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Daku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu. Daku berlindung dengan keredaan-Mu daripada murka-Mu. Daku berlindung dengan-Mu daripada-Mu. Aku tidak mampu mengenali-Mu sebagaimana Engkau kenali Diri-Mu. Aku tidak mampu memuji-Mu selayaknya. Daku adalah hamba-Mu, daku adalah anak kepada hamba-Mu. Dahiku yang di atasnya Engkau tuliskan takdir adalah dalam tangan-Mu. Perintah-Mu berlari menerusi daku. Apa yang Engkau tentukan untukku adalah baik bagiku. Daku serahkan kepada-Mu tanganku dan kekuatan yang Engkau letakkan padanya. Daku buka diriku di hadapan-Mu, mendedahkan semua dosaku. Tiada Tuhan kecuali Engkau, dan Engkau Maha Pengampun, aku yang zalim, aku yang berbuat kejahatan, daku menzalimi diriku. Untukku kerana daku adalah hamba-Mu ampunkan dosa-dosaku. Engkau jualah Tuhan, hanya Engkau yang boleh mengampunkan”.

Kemudian menghadap ke arah kiblat dan ucapkan:
“Allah Maha Besar! Segala puji untuk-Nya. Aku ingat dan membesarkan-Nya”.
“Allah Maha Besar! Segala puji untuk-Nya. Aku ingat dan membesarkan-Nya”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali:
“Segala kemenangan buat Allah”.
“Segala kemenangan buat Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali:
“Segala puji dan syukur untuk Allah”.
“Segala puji dan syukur untuk Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali:
“Tiada Tuhan melainkan Allah”.
“Tiada Tuhan melainkan Allah”.
Kemudian
lakukan sembahyang sepuluh rakaat, dua rakaat satu salam. Nabi s.a.w
bersabda, “Sembahyang malam dua, dua”. Allah memuji orang yang
bersembahyang malam.
“Dan di sebahagian malam hendaklah engkau sembahyang tahajjud sebagai sembahyang sunat untukmu, supaya Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji”. (Surah Bani Israil, ayat 79).
“Dan di sebahagian malam hendaklah engkau sembahyang tahajjud sebagai sembahyang sunat untukmu, supaya Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji”. (Surah Bani Israil, ayat 79).
“Renggang
rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur, dalam keadaan menyeru Tuhan
mereka dengan takut dan penuh harapan, dan sebahagian daripada apa yang
Kami kurniakan itu mereka belanjakan”. (Surah as-Sajadah, ayat 16 & 17).
Kemudian
pada akhir malam bangun semula untuk mengerjakan sembahyang witir tiga
rakaat, sembahyang yang menutup semua sembahyang-sembahyang pada hari
itu. Pada rakaat ketiga selepas al-Faatihah bacakan satu surah dari
Quran, kemudian angkatkan tangan seperti pada permulaan sembahyang
sambil ucapkan “Allahu Akbar!” dan bacakan doa qunut. Kemudian
selesaikan sembahyang seperti biasa.
Setelah
matahari terbit orang yang di dalam suluk perlu melakukan sembahyang
isyraq, sembahyang yang menerangi, dua rakaat. Selepas itu melakukan
sembahyang istihadha’ dua rakaat, mencari perlindungan dan keselamatan
daripada syaitan. Pada rakaat pertama selepas al-Faatihah bacakan surah
al-Falaq. Dalam rakaat kedua selepas al-Faatihah bacakan surah an-Nas.
Bagi
mempersiapkan diri untuk hari itu lakukan sembahyang sunat istikharah,
sembahyang meminta petunjuk Allah untuk keputusan yang benar pada hari
itu. Pada tiap rakaat selepas al-Faatihah bacakan ayat al-Kursi.
Kemudian tujuh kali surah al-Ikhlas. Kemudian pagi itu lakukan
sembahyang dhuha, sembahyang kesalihan dan kedamaian hati. Lakukan enam
rakaat. Bacakan surah asy-Syams dan surah ad-Dhuha. Sembahyang dhuha
diikuti oleh dua rakaat kaffarat, sembahyang penebusan terhadap
kekotoran yang mengenai seseorang tanpa boleh dielakkan atau disedari.
Tersentuh dengan kekotoran walaupun secara tidak sengaja masih berdosa,
boleh dihukum. Ini
boleh berlaku walaupun di dalam suluk, misalnya melalui keperluan tubuh
badan. Nabi s.a.w bersabda, “Jaga-jaga dari najis – walaupun ketika kamu
kencing, satu titik tidak mengenai kamu – kerana ia adalah keseksaan di
dalam kubur”. Setiap rakaat, selepas membaca al-Faatihah bacakan surah
al-Kausar tujuh kali.
Satu
lagi sembahyang – panjang, walaupun empat rakaat – harus dilakukan
dalam satu hari semasa khalwat atau suluk. Ini adalah sembahyang tasbih –
sembahyang penyucian atau pemujaan. Jika seseorang itu mengikuti mazhab
Hanafi dia melakukannya empat rakaat satu salam. Jika dia berfahaman
Syafi’e dilakukannya dua rakaat satu salam, dua kali. Ini jika dilakukan
di siang hari. Jika dilakukan malam hari Hanafi dan Syafi’e sependapat,
dua rakaat satu salam, dua kali.
Nabi
s.a.w memberitahu mengenai sembahyang ini kepada bapa saudara baginda,
Ibnu Abbas, “Wahai bapa saudaraku yang ku kasihi. Ingatlah aku akan
berikan kepada kamu satu pemberian. Perhatikanlah aku akan Sampaikan
kepada kamu satu yang sangat baik. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu
kehidupan dan harapan baharu. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu
sesuatu yang bernilai sepuluh daripada perbuatan-perbuatan yang baik.
Jika kamu kerjakan apa yang aku beritahu dan ajarkan kepada kamu Allah
akan ampunkan dosa-dosa kamu yang lalu dan yang akan datang, yang lama
dan yang baharu, yang kecil dan yang besar. Lakukan secara diketahui
atau tidak diketahui, secara tersembunyi atau terbuka”.
“Engkau
kerjakan sembahyang empat rakaat. Pada tiap-tiap rakaat selepas
al-Faatihah kamu bacakan satu surah dari Quran. Ketika kamu berdiri
bacakan lima belas kali: Subhana Llahi il-hamdu li-Llahi la ilaha illa llahu wa-llahu akbar, wa-la hawla wa-la quwwata illa billahil l-‘Ali I-‘Azim.
Bila kamu rukuk, tangan di atas lutut, bacakan sepuluh kali. Ketika berdiri ulanginya sepuluh kali lagi. Ketika kamu sujud bacakan sepuluh kali. Bila kamu bangun dari sujud bacakan sepuluh kali. Ketika duduk bacakan sepuluh kali. Sujud semula bacakan sepuluh kali. Duduk semula bacakan sepuluh kali. Kemudian bangun untuk rakaat kedua. Lakukan serupa untuk rakaat yang lain sehingga empat rakaat”.
“Jika kamu mampu lakukan sembahyang ini setiap hari. Jika tidak lakukan sekali sebulan. Jika tidak mampu juga lakukan sekali setahun. Jika masih tidak mampu lakukan sekali seumur hidup”.
Jadi,
empat rakaat itu tasbih diucapkan sebanyak tiga ratus kali. Sebagaimana
Nabi s.a.w ajarkan kepada bapa saudara baginda Ibnu Abbas, dianjurkan
juga kepada orang yang bersuluk melakukan sembahyang tersebut.
Selain
daripada tugas tersebut orang yang di dalam suluk juga dianjurkan
membaca Quran sekurang-kurangnya sebanyak 200 ayat sehari. Dia juga
hendaklah mengingati Allah secara terus menerus dan menurut suasana
rohani, samada menyebut nama-nama-Nya yang indah secara kuat atau senyap
di dalam hati. Ingatan di dalam hati secara senyap hanya bermula bila
hati kembali jaga dan hidup. Bahasa zikir ini adalah perkataan rahsia
yang tersembunyi.
Setiap orang mengingati Allah menurut keupayaan masing-masing. Allah berfirman:
“Hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 198).
“Hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 198).
Ingatlah
kepada-Nya menurut kemampuan kamu. Pada setiap tahap kerohanian ingatan
itu berbeza-beza. Ia mempunyai satu nama lagi, ia mempunyai satu sifat
lagi, satu cara lagi. Hanya orang yang ditahap itu tahu zikir yang
sesuai.
Orang
yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca surah al-Ikhlas seratus
kali sehari. Perlu juga membaca Selawat seratus kali sehari. Dia juga
perlu membaca doa ini sebanyak seratus kali:
“Astaghfirullah al-‘Azim, la ilaha illa huwal – Hayyul-Qayyum – mimma qaddamtu wa-ma akhkhartu wa-ma ‘alantu wa-ma asrartu wa-ma anta a’lamu bihi minni. Anta l-Muqaddimu wa-antal Muakhkhiru wa-anta ‘ala kulli syai in Qadir”.
Masa
yang selebihnya setelah dilakukan ibadat-ibadat yang telah dinyatakan,
gunakan untuk membaca Quran dan lain-lain pekerjaan ibadat.
“Astaghfirullah al-‘Azim, la ilaha illa huwal – Hayyul-Qayyum – mimma qaddamtu wa-ma akhkhartu wa-ma ‘alantu wa-ma asrartu wa-ma anta a’lamu bihi minni. Anta l-Muqaddimu wa-antal Muakhkhiru wa-anta ‘ala kulli syai in Qadir”.
Comments
Post a Comment
tuliskan komentar anda untuk tanya jawab seputar ilmu di atas dan juga silakan menjawab komentar sedulur yang kira2 bisa menjawab isi komentar yang sudah ada.
terima kasih..